Pages

Blog Archive

48. WHAT'S NEW ON OCTOBER 2012



TERKINI UNTUK : PINCH MUNCH (PRODUK SABAH)


A. PROMOSI HARI RAYA AIDILADHA 2012

Beli 10 Pek Kuih Cincin - PERCUMA 1 Pek Kuih Cincin.
Beli 10 Pek Keropok Amplang - PERCUMA 1 Pek Keropok Amplang.
Tawaran terhad dari : 11 Oktober - 31 Oktober 2012.

Temui PINCH MUNCH di Metro Point Kajang, AHAD (11pg - 5ptg) atau hubungi +6 010-213 4373.

B. PRODUK TERBARU KELUARAN SABAH

Produk terbaru keluaran Sabah kini boleh didapati di Kiosk kami di Metro Point Kajang. Untuk tempahan, hubungi +6 010-213 4373 / melalui Facebook / Website / Blog.

PRODUK TERLARIS : KUIH CINCIN RANGUP DAN KEROPOK AMPLANG.

PRODUK TERBARU : JERUK BAMBANGAN, JERUK TUHAU, KUIH TIRAM, KEROPOK JAGUNG, KOPI TENOM ASLI, BELINJO MADU, POPIA MADU, CORNFLAKES MADU, MEE KERING SABAH, MEE UDANG SABAH, dll.



C. KENALI PRODUK SABAH

KUIH CINCIN RANGUP
Kuih Cincin berbentuk gabungan beberapa cincin. Ianya sedap, rangup dan rasanya lemak manis. Diperbuat daripada gula melaka atau gula nipah sebagai inti dan disalut dengan tepung. Kuih Cincin sangat popular dan kerap dijadikan sebagai cenderahati eksklusif dari Sabah.

KEROPOK AMPLANG
Keropok Amplang adalah makanan kudapan yang unik dan sedap. Diperbuat dari isi ikan tenggiri dan makanan laut. Keropok Amplang mempunyai lima jenis rasa : Amplang Ikan Tenggiri, Amplang Udang, Amplang Ketam, Amplang Sotong Pedas dan Amplang Ikan Perasa Kari.

JERUK BAMBANGAN
Buah Bambangan adalah sejenis buah eksotik yang berbau wangi dan mempunyai rasa unik. Pokoknya tinggi dan buahnya berwarna coklat. Setelah kulit dibuang, buah bambangan boleh direbus bersama ikan (sup ikan) atau dibuat jeruk. Jeruk bambangan sangat popular dan sedap dimakan bersama nasi.

JERUK TUHAU
Jeruk Tuhau adalah makanan yang berasaskan ulam. Ianya diperbuat daripada umbut pokok tuhau iaitu sejenis pokok hutan dari keluarga halia. Bentuknya panjang seperti serai. Umbut dipotong halus dan diperam dengan sedikit udang kering serta bunga kantan. Jeruk Tuhau sedap dimakan bersama nasi.

KUIH TIRAM
Kuih Tiram disajikan sebagai makanan pemanis mulut. Rasanya sedap, lemak manis, rangup dan sangat rapuh. Diperbuat daripada tepung, telur dan marjerin. Diuli menjadi doh, dicanai nipis dan digulung kemas. Kemudian digoreng kekuningan. Setelah sejuk, kuih tiram digaul dengan gula halus.

KEROPOK JAGUNG
Keropok Jagung makanan kudapan ringan yang popular di Sabah terutama di kalangan kanak-kanak. Berbentuk silinder panjang seakan-akan jagung, berwarna kuning  dan berperisa jagung. Rasanya sedap, lemak manis, sesuai di makan pada bila-bila masa.

BELINJO MADU
Belinjo Madu adalah kacang kecil dari pokok melinjo. Kacang kecil ini dipipihkan sehingga nipis dan digoreng menggunakan minyak yang panas sehingga masak. Kemudian disalut dengan madu. Rasanya amat unik dan sedikit pahit. Sedap di makan sebagai kudapan ringan.

KOPI TENOM
Kopi Tenom berasal dari Tenom, Sabah. Biji kopi digoreng bagi menghasilkan rasa kopi dan aroma bau yang sedap. Dijual dalam perasa ‘Black Coffee, White Coffee & Arabica Coffee’. Sesuai bagi peminat KOPI O pekat yang ingin mengekalkan keaslian kopi tersebut.

POPIA MADU
Popia & Kacang Madu adalah popia yang digulung dan dipotong senget dan digoreng sehingga rangup. Ianya dicampur dengan kacang tanah bersaiz besar yang telah dibakar. Kemudian disalut dengan madu pedas. Sedap dimakan begitu sahaja sebagai kudapan ringan.

CORNFLAKES MADU
Flakes & Kacang Madu adalah cornflakes yang dicampur dengan kacang tanah bersaiz besar yang telah dibakar. Kemudian disalut dengan madu. Sangat popular di kalangan kanak-kanak dan sedap dimakan begitu sahaja sebagai kudapan ringan.

MEE KERING SABAH
Mee Kering MBS adalah produk keluaran Sabah. Mee berwarna kuning yang dipek kering dalam 500G sepaket. Keistimewaan Mee Kering MBS ialah berperisa udang, berbentuk bulat, anjal dan tebal. Sangat sedap dijadikan mee goreng. Perlu di rendam dengan air panas sebelum digoreng.

MEE UDANG SABAH
Mee Udang adalah produk keluaran Sabah. Mee berwarna kuning yang dipek kering dalam 120G sepaket. Keistimewaan Mee Udang Sabah ialah berperisa udang, berbentuk empat segi leper dan anjal. Sangat sedap dijadikan mee goreng. Perlu di rendam dengan air panas sebelum digoreng.

BELACAN SABAH
Keunikan Belacan Sabah adalah pada rasa, aroma dan teksturnya di mana kaedah tradisional masih digunakan. Semakin lama Belacan Sabah diperam/ disimpan, semakin sedap rasanya. Hayatnya boleh menjangkau sehingga 10 tahun. Boleh ditambah dalam masakan atau dijadikan sambal belacan.

TERKINI UNTUK : SYAFI MU’AFI (JUS KESIHATAN)


A. PROMOSI HARI RAYA AIDILADHA 2012

TAWARAN HANYA 10 HARI (11 Oktober - 20 Oktober 2012).

KINI DSKAUN 10% DIBUKA KEPADA PEMBELIAN JUS DELIMA (GRANADA), JUS GOJI, JUS GIFFBERRY DAN JUS PLUM (PRUNUS).

Kini stok telah 'SOLD OUT'. SYAFI MU'AFI : +6 010-213 4373.
B. JUS KESIHATAN

PRODUK “THUMBS UP” : JUS DELIMA (GRANADA), JUS GOJI, JUS GIFFBERRY, JUS PLUM (PRUNUS).

DITUJUKAN KHAS BUAT SEMUA IBU : Jus kesihatan ini berkualiti tinggi tetapi dijual pada harga rendah. Terapkan pengambilan jus ini kepada diri anda, suami, anak-anak, ibubapa, warga emas dan sanak saudara.

"IBU LEBIH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KELUARGA".

Membantu Pesakit : Demam Denggi, Chikungunya, Lesu, Kanser, Lemah Imunisasi Badan, Masalah Kulit, Penyakit Hati, Meningitis, Slip Disc, Kencing Manis, Pesakit Strok, Asma, Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Hipertensi, Eczema, Masalah Paru-paru, Penyakit Alzheimer, Kolesterol Tinggi, Katarak, Rabun Malam, Rabun Mata, Glaukoma, Masalah Penghadaman, Masalah Pundi Kencing, Masalah Sendi dll.

Untuk tempahan, hubungi +6 010-213 4373 / melalui Facebook / Website / Blog.